murmur #1

Leave a comment

semalam..

selamat hari guru untuk cikgu2 yang pernah mengajar saya dan seluruh insan yang bergelar guru.

mhj balik dari perlis malam tadi. ada hadiah untuk saya selain coklat dari langkawi. saya tak sempat nak snap gambar. hadiah jam tangan. cantik tapi agak gurly. pelik juga sebab sebelum ni mhj tak suka saya gurly2..tapi terima dengan yippie!..haha

dah lama tak update. dulu saya ada blogspot. tapi sejak kene block dengan sistem IT. saya pun bertukar ke wordpress. ingatkan oke je wordpress ni. tup2 ade juga problem..tu yang jarang sangat boleh buka. kadang-kadang tak paham juga sistem IT kat sini. huhu..

saya rasa tak ape yang boleh membuat mhj impress dengan saya. saya terasa amat kekurangan di sisi mhj. rase segan dan malu dengan sikap saya kadang-kadang tak sensitif dengan persekitaran sekeliling. hurmm..memang salah saya. iskhh..sedih la

cerita 1

Leave a comment

semalam masa tunggu mhj balik dari besut, saya nampak seorang pakcik yang ingin menggunakan public phone. dua-dua rosak..hmm..kesian pulak sebab pakcik tu terpaksa berjalan ke tempat lain nak cari public phone yang oke..dulu rasenya jarang nak jumpa public phone rosak sebab public phone orang ramai guna. sekarang mentang-mentang dah tak berapa nak laku kalau rosak payah sangat nak baiki semula. tak pun asyik kene vandal di budak-budak yang kurang moral. yang susah bila time emergency macam pakcik tadi. saya terasa nak bagi pinjam handset saya tapi lupa kredit tak banyak..segan pula kat pakcik tu nanti dah tepon tup-tup terputus..malu la pulak..hihi..tapi bila fikir-fikir takut juga sekarang bukan macam zaman dulu main  suka-suka nak tolong orang..selalu ade sikap prejudis dengan orang yang tidak dikenali sebab orang sekarang suka menyamar jadi baik tapi sebenarnya jahat dan nak ambil kesempatan. serba salah…huhu

 

 

yaw..bebel sekarung dua

2 Comments

bila surf blog-blog, biasanya Wednesday hari tanpa tulisan..hanya gambar yang menerangkan segalanya..tapi saya ade sedikit stok gambar dalam handset tapi tak de kabel dan malas pulak nak godek-godek nak letak gambar.

hari ni ada check up di klinik gigi untuk ibu mengandung. awal pergi nak ambil nombor..pukul 7 lebih sikit nak suh mhj hantar ke klinik. nanti lepas setel pergi opis naik teksi. dah lebih 2 minggu merempit dengan mhj sebab kereta hantar cat belum siap. janji 15hb tapi tak settle juga. kualiti kerja tak bagus dan not recommended la lepas ni..sori la pakcik nazri.

oke berbalik kepada klinik tadi. mula-mula sampai dah ade seorang ibu yang lebih awal. saya cuma pergi ambil buku kat kaunter. tapi nurse yang jaga kaunter tu (lupa nak trace nama) muka dah masam kelat pahit (aish..tak cantikla)..kenapa kalau nak kerja bahagian kaunter cari pulak muka macam tu. terus mood happy seorang ibu tak berapa nak menjadi dengan proses kerja yang lembab..saya ni bukan la tangkas sangat tapi kalau mampu nak buat dengan cepat la..masa nak pergi kaunter nak tanya nurse mencuka tu terus bla menyebabkan saya terpaksa menunggu nurse yang muka oke sikit baru la nak pergi tanya..(saya agak malu bila gaji dah naik tapi kualiti kerja masih sama sebelum gaji naik). so, ade la sorang nurse yang muka agak oke datang ke kaunter. so saya pun pergi la menanya tentang buku ngandung saya tu. dia pulak tempelak saya sebab duk menunggu aja sedangkan perlu tanya dan letakkan buku ngandung kepunyaan saya dalam bakul. (sepatutnya si muka masam tu yang boleh settlekan hal ni kalau dia tak buat hal tadi-hampeh). senyum sambil ambil 2 buku ngandung naik atas kat klinik gigi.

tak ade orang di kaunter klinik gigi..kite yang tak tau buat apa terpaksa berfikir sendiri tanpa manual atau arahan jelas menyebabkan saya terkial-kial. bila kita dah pening baru la nurse yang tengah sibuk buat kerja lain (boleh je ambil kerja tu sambil buat di kaunter, kalau rase rajin sangat la) datang dan suruh saya tekan mesin dan ambil nombor. macam kite pergi bank pulak..tekan nombor sendiri..ni klinik gigi kat kampung saya. tempat lain tak tau pulak. bila dapat nombor 2 copy, simpan satu dan satu lagi lekatkan pada kad ngandung or ic kita. letak je atas meja nanti pukul 8 ade la pekerja lain yang akan proses mende tu. klinik ni sebelum pukul 7 dah dibuka untuk ambil nombor giliran.

tungu punya tunggu dan tunggu lagi sehingga la pukul 8.35 baru la seorang pesakit dipanggil. saya orang yang kedua. nampak macam ramai pekerja tapi mundar mandir macam tak ada perancangan untuk kualiti kerja kepada orang awam yang menunggu khidmat dia aja..huh..(tekanan perasaan)..cek gigi tu sekejap yang amat. tapi menunggu dekat sejam termasuk waktu kerja anjal (pukul 7.30).

lepas ni saya kene bertukar klinik untuk check up ngandung. tak tau la keadaan klinik baru macam mana. sebab saya ni pun penjawat awam. tapi saya jarang-jarang bertindak balas dengan orang awam. biasanya duduk dalam ofis je. tapi pengalaman ni membuatkan saya rasa patut sesiapa yang nak kerja front desk carila yang muka mesra alam. tak apa terlalu mesra asal jangan mencuka di pagi buta. kalau tengahari dan petang tak tahu la muka dia cuka tahap mana pulak.

sepanjang saya melayan kehendak orang awam, jarang benar saya layan sebegitu dan kalau boleh saya ingin berikan perkhidmatan yang pantas (sebab saya sendiri tak suka lambat-lambat). jadi saya memang akan jengkel dan agak konservatif dalam hal ini..sori la kepada nurse or front desker yang terasa. tapi harap bermuka cantik la sentiasa sebab bukan suruh mekap or buat plastik surgery..cuma senyum je la sikit. aish..tak boleh belah tengok muka gitu..hih

tensi :(

2 Comments

pagi ni ade test menaip. takot pun ada. sebab bila nama je ujian mesti rasa berdebar tak boleh nak buat. buat tak lagi..tapi macam dah nak give up. ujian menaip sekejap aja. tup-tup lepas aja settle baru la perasan ade lagi word yang tertinggal..kecewa sungguh. agak kecewa sebab dah siap awal dah cek ejaan dan perenggan..tapi ade lagi yang terhijab dari pandangan mata. huhu..

semalam beli pizza island supreme yang letak cheese kat tepi. makan 2 keping yang large punya. betul-betul berselera, tapi lepas tu mula rasa pening dan mual. tak tau sebabkan cheese or perut dah masuk angin. tapi sedap betul makan..hihi..

malas fikir lagi tentang test..tensi :(

yeay sudah khamis ;p

2 Comments

pengalaman mengandung ni tak la teruk sangat. cuma masih fobia bila kena ambil darah..takot sakit..huhu..alahan tak teruk mana. cuma kurang selera nak makan dan selalu pening kepala. tapi pagi tadi 1st time muntah masa gosok gigi. biasanya memang ade rasa nak muntah-muntah bila gosok gigi tapi boleh tahan lagi dan tak jadi nak muntah..huhuh..

2 hari dah kene kursus asas pentadbiran pejabat di gong badak. tapi hari ni walaupun kursus habis awal tetap kene masuk kerja sebab ade benda nak settle. alang-alang dah masuk opis..lepak dulu la sebab nak balik time ni pom mesti jem gila..huhu..

sudah merasa makan tutti frutti tu. sekali fida belanja, then next day belanja dikno pulak. belanja dikno sebab banyak tolong settle kerja rumah untuk saya. huhu..tapi banyak pulak dia pow..adeh la adikku ni. sedap juga si tutti ni tapi kalau nak makan selalu kopak juga. tapi biasa-biasa aja la..hehe..

tak ada gambar..

mhj balik hari ni..yeya ;p

exhausted :(

2 Comments

hari minggu ni agak sibuk dengan aktiviti pejabat dan keluarga. esok ade audit luar 5S. hari jumaat dari pukul 10 hingga 6 petang buat kerja-kerja tolong kak na pasal 5S. kerja tak la berat sangat.

hari sabtu ade kenduri sambut menantu di rumah su. adik n suami serta dikno sampai dari kl pukul 3 pagi. saya dan mhj sampai rumah su pukul 8 pagi. jamuan start pukul 11 pagi. so banyak juga kerja yang nak kene settle. alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. tapi penat sangat..huhu

sekarang sudah 9 minggu. tapi kenapa tak rasa apa-apa sangat dalam perut. rasa pelik..sebab tak rasa apa-apa..mungkin la sebab baby baru 1 inci. huhu..cuma selera makan kurang sangat dan rasa tak selesa badan..macam tak sihat je..Ya Allah..ampunkan hamba Mu ni sebab sakit sedikit pun cepat mengeluh..

catatan hari isnin

Leave a comment

beberapa hari lepas pergi scan perut kat klinik hafizah di gong badak. alhamdulillah normal. rasa pelik bila ade something dalam badan tapi tak rasa cuma ada kala rasa tak selesa..mungkin perubahan hormon. masih lagi tak alahan yang teruk-teruk.. alhamdulillah

musim cuti sekolah time nak pergi kerja agak best sebab jalan tak jem mana..hari ni bertolak awal sikit sebab mhj nak pergi hantar staf ke besut. kelam kabut juga sebab nak kene sampai ofis pukul 7. 6.40 dah gerak..

malam tadi sesudah agak lama tak tengok perlawanan badminton. layan match dengan mhj dan mak. tengok dari awal hingga habis. agak mengujakan dan berdebar-debar. indonesia menang beregu campur.. comel liliyana dari indonesia tu. tapi kamila dari denmark pom lawa..nampak sangat saya tak fokus tentang permainan..tak reti nak tengok…huhu

cerita tentang paris. sekarang suka sangat menyanyi. lagu budak LKW nyanyi lagi patriotik. paris hanya tau ulang KITAAA..KIIITAAA…KIIIITTTTAAAA..geram betul dengan budak kecik tu..hih

sekarang selera makan agak tak stabil. rasa tak suka kalau tak habis makan. tapi bila makan sikit cepat lapar. huhu..mhj tak akan fahamm

cuti sekolah = kenduri kawen

2 Comments

minggu depan banyak sangat jemputan kawen yang diterima..tak tau la boleh pergi semua ke tidak..huhu..teringin nak pergi tapi bila dah kawen ni rasa cam terbatas pulak masa..hihi

9hb- janji nak teman mok pergi kenduri kawen anak kawan dia

10hb- pegawai perancang  puan khairin, anak puan amizan, abang emilia

15hb- kenduri kawen ayah chik

17hb- arkitek bos shawal tingkat 5

sebenarnya tarikh 10hb ade jemputan dari asnadia pulak untuk kenduri akikah baby kedua dia lepas zohor.. betul2 pack pada 10hb ni..huhu rasa susah hati sebab terlalu banyak jemputan..

 

layan karenah dak paris

Leave a comment

tak sempat nak snap terus berlari

 

tudung boleh jadi baju..

 

nampak pulak pampers..

 

pagi jumaat yang lepas

2 Comments

sejak kawen mostly setiap jumaat akan berada di teluk pasu rumah kakak ipar. rumah tu kira jadi rumah keluarga mhj. mhj kalau boleh nak solat jumaat di masjid batu 6. biasanya setiap pagi jumaat akan pergi dengar tazkirah di masjid rusila dengan mhj dan ipar-ipar yang lain. mak tak dapat join lagi sebab masih dalam iddah. masa mhj drive sempat snap gambar guna handset..bila zoom dan save dapat la pic yang tak berapa cantik pixel dia. tapi suka sangat saat ni.

jalan durian burung

Subhanallah..

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.